Sunday, December 25, 2011

Bazar Tok Guru, tumpuan beli belah di Kota Bharu

Teks; www.masayuahmad.com



Salah satu tarikan baru jika berkunjung ke Kota Bharu Kelantan, ialah Bazar Tok Guru. Bazar ini adalah satu lokasi baru yang mana penjual asal adalah berada di lokasi Pasar Lama MPKB.

Menerut Pengerusi Bazar Tok Guru, setakat ini sebanyak 300 pemilik bisnes yang menyewa tapak bisnes di Bazar Tok Guru. Mereka menjual pelbagai produk seperti batik, pakaian, kelengkapan ibadan dan lain-lain.

"Alhamdulillah semua peniaga sudah dapat menerima dan kebanyakan pekedai sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan baru. Berbanding ketika baru mula beroperasi, agak kekok dan timbul rasa tidak puas hati.

Kini mereka bersyukur kerana aktiviti bisnes berjalan seperti biasa. Bagi mewakilii peniaga-peniaga yang lain, En.Sayuti berharap beberapa kemudahan lain, dapat dipercepatkan seperti kemudahan asas seperti tempat makan, penghadang hujan untuk gerai di tepi tangga. Pada masa yang sama beliau juga berterima kepada pihak berkenaan kerana memberi peluang dan mewujudkan ruang dan peluang bisnes kepada peniaga.

1 comment:

  1. Bazar Tok Guru, destinasi beli belah untuk harga yang berpatutan dan pilihan yang mengujakan.

    ReplyDelete

Homestay Tok Wan Pantai Senok

  Homestay Tok Wan Pantai Senok. Assalamualaikum .. Homestay TokWan Pantai Senok Rm160/mlm ••√ 3bilik tidur dilengkapi dgn aircond+kipas set...