Monday, December 12, 2011

Syifa Homestay, menawarkan penginapan selesa dan murah.

Teks: www.masayuahmad.com

http://www.xpresszoom.com/syifahomestay-2
Kali ini saya berkongsi satu lagi penginapan bajet yang murah, selesa dan sangat sesuai untuk pilihan menginap jika berkunjung ke Kelantan. Syifa homestay yang dimiliki oleh En.Tarmizi menawarkan sebuah rumah banglo, tiga bilik dan dua bilik air yang selesa untuk mereka yang ingin menginap untuk harian dan juga bulanan.

Syifa homestay dibuka semenjak September 2010 ini berada di lokasi strategik iaitu hanya 2 kilometer ke Kota Bharu dan juga berdekatan dengan Wakaf Che Yeh. Keluasan banglo ini juga menyediakan ruang tempat kereta yang luas, juga boleh melakukan aktiviti keluarga seperti bbq.

Bagi tempahan musim cuti sekolah, musim perayaan, pelanggan perlu menempah terlebih dahulu dan membuat bayaran tempahan, keranan pada masa ini permintaan adalah sangat tinggi. Apa yang menarik juga keunikan Syifa homestay, penginap boleh memilih untuk mendapatkan pakej menu pagi atau tengahari. Antara menu pagi yang disediakan ialah pilihan menu popular Kelantan seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak dan kuih-muih tradisi Kelantan. Pelanggan perlu menyatakan apa jenis menu yang diinginkan, dan menu ini dimasak sendiri oleh isteri En. Tarmizi sebagai salah satu juadah menyambut dan merai kedatangan tetamu dan pelanggan.

Laluan Jalan Kuala Krai, menuju ke Kota Bharu, anda akan melihat papan tanda Syifa Homestay sebelah kanan. Hanya 2 kilometer ke Kota Bharu.

Banglo 3 bilik, dua bilik air, kediaman dalam suasana kampung yang nyaman. Sesuai untuk persinggahan, percutian dan juga aktiviti keluarga.

                                                     Sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.
                             Kemudahan memasak dengan peralatan yang lengkap juga disediakan.

No comments:

Post a Comment

Homestay Tok Wan Pantai Senok

  Homestay Tok Wan Pantai Senok. Assalamualaikum .. Homestay TokWan Pantai Senok Rm160/mlm ••√ 3bilik tidur dilengkapi dgn aircond+kipas set...