Saturday, December 31, 2011

Rinai Inn, penginapa bajet

Teks: www.masayuahmad.com
Sumber:http://www.xpresszoom.com/rinaiinn

Kali ini saya berkongsi satu lagi, lokasi penginapan bajet iaitu Hotel Rinai Inn, iaitu berada bersebelahan dengan pasaraya Billion Kelantan. Penginapan ini milik En.Sidek yang dibuka sejak 2010.

Rinai Inn menawarkan 6 jenis bilik dengan harga bermula RM60 hingga RM100. Sesuai untuk penginapan percutian singkat, percutian keluarga, atau bagi mereka yang mahu menginap dalam tempoh lama atas urusan kerja.



Lokasi strategi

Sesuai penginapan keluarga juga perseorangan.

Luas, selesa, dan berhawa dingin.

Sunday, December 25, 2011

Bazar Tok Guru, tumpuan beli belah di Kota Bharu

Teks; www.masayuahmad.com



Salah satu tarikan baru jika berkunjung ke Kota Bharu Kelantan, ialah Bazar Tok Guru. Bazar ini adalah satu lokasi baru yang mana penjual asal adalah berada di lokasi Pasar Lama MPKB.

Menerut Pengerusi Bazar Tok Guru, setakat ini sebanyak 300 pemilik bisnes yang menyewa tapak bisnes di Bazar Tok Guru. Mereka menjual pelbagai produk seperti batik, pakaian, kelengkapan ibadan dan lain-lain.

"Alhamdulillah semua peniaga sudah dapat menerima dan kebanyakan pekedai sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan baru. Berbanding ketika baru mula beroperasi, agak kekok dan timbul rasa tidak puas hati.

Kini mereka bersyukur kerana aktiviti bisnes berjalan seperti biasa. Bagi mewakilii peniaga-peniaga yang lain, En.Sayuti berharap beberapa kemudahan lain, dapat dipercepatkan seperti kemudahan asas seperti tempat makan, penghadang hujan untuk gerai di tepi tangga. Pada masa yang sama beliau juga berterima kepada pihak berkenaan kerana memberi peluang dan mewujudkan ruang dan peluang bisnes kepada peniaga.

Monday, December 19, 2011

Seri Nurfalah, penginapan bajet, bilik selesa dan murah

Teks: www.masayuahmad.com


Penginapan Seri Nurfalah satu lagi pilihan penginapan bajet untuk keluarga, bilik perseorangan atau persinggahan untuk percutian, majlis keraian dan sebagainya. Penginapan bajet ini mula beroperasi sejak 2010.


Bilik  Penginapan Seri NurFalah menyediakan 9 bilik untuk disewa. Terdapat 2 bilik yang ada 2 katil besar, 5 bilik yang ada satu katil besar dan satu katil single dan 2 bilik yang ada 2 katil single. Kadar sewa bermula serendah RM60 sehingga RM80. Kemudahan yang disediakan seperti:TV, bilik berhawa dingin, pancuran air panas, set sofa, ruang Pembuat kopi/teh, Pancuran air panas, Set sofa, Ruang parkir yang luas, Wifi.


Penginapan ini berdekatan dengan Restran Cik Siti, kedai nasi ulam dan nasi kukus. Hanya 2 kilometer ke Pusat Bandar Kota Bharu. Lokasi juga menghala ke beberapa pesisiran pantai, seperti Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama Bachok. Juga pilihan beli belah seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh juga destinasi Rantau Panjang.





                                                               Penginapan ini berada dalam suasana kampung yang tenang.
                                                 Terdapat 9 bilik, sesuai untuk keluarga, penginapan harian, percutian dan persendirian.
                                                                               Selesa dan berhawa dingin.
                                                                          Selesa dan harga berpatutan.






Sunday, December 18, 2011

Serunding ayam, daging dan ikan keluaran Zaliha Ismail

Teks: www.masayuahmad.com
Sumber: http://www.xpresszoom.com/serundingzaliha-2


Salah satu produk tempatan yang popular iaitu serunding daging menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara. Kali ini saya berkongsi satu lagi serunding yang dihasilkan secara tradisional iaitu Serunding keluaran Zaliha Ismail.

Menurut puan Zaliha, penghasilan serunding ini sudah berada di pasaran selama 30 tahun. Beliau mewarisi bisnes penghasilans serunding dari nenek dan emak. Kini beliau masih meneruskan penghasilan serunding ayam, daging dan ikan yang sentiasa mendapat permintaan di pasaran.

Pelanggan boleh terus ke kedai milik beliau dan boleh menghubungi terus no telefon 013-9130009 untuk tempahan serunding. Serunding dihasilkan setiap hari dan ia adalah sedap dan berkualiti. Selain itu, jika kedai milik puan Zaliha, pelanggan juga boleh mendapatkan produk atau makanan tempatan seperti keropok, sos cili, pelbagai jenis kerepek,

Monday, December 12, 2011

Syifa Homestay, menawarkan penginapan selesa dan murah.

Teks: www.masayuahmad.com

http://www.xpresszoom.com/syifahomestay-2
Kali ini saya berkongsi satu lagi penginapan bajet yang murah, selesa dan sangat sesuai untuk pilihan menginap jika berkunjung ke Kelantan. Syifa homestay yang dimiliki oleh En.Tarmizi menawarkan sebuah rumah banglo, tiga bilik dan dua bilik air yang selesa untuk mereka yang ingin menginap untuk harian dan juga bulanan.

Syifa homestay dibuka semenjak September 2010 ini berada di lokasi strategik iaitu hanya 2 kilometer ke Kota Bharu dan juga berdekatan dengan Wakaf Che Yeh. Keluasan banglo ini juga menyediakan ruang tempat kereta yang luas, juga boleh melakukan aktiviti keluarga seperti bbq.

Bagi tempahan musim cuti sekolah, musim perayaan, pelanggan perlu menempah terlebih dahulu dan membuat bayaran tempahan, keranan pada masa ini permintaan adalah sangat tinggi. Apa yang menarik juga keunikan Syifa homestay, penginap boleh memilih untuk mendapatkan pakej menu pagi atau tengahari. Antara menu pagi yang disediakan ialah pilihan menu popular Kelantan seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak dan kuih-muih tradisi Kelantan. Pelanggan perlu menyatakan apa jenis menu yang diinginkan, dan menu ini dimasak sendiri oleh isteri En. Tarmizi sebagai salah satu juadah menyambut dan merai kedatangan tetamu dan pelanggan.

Laluan Jalan Kuala Krai, menuju ke Kota Bharu, anda akan melihat papan tanda Syifa Homestay sebelah kanan. Hanya 2 kilometer ke Kota Bharu.

Banglo 3 bilik, dua bilik air, kediaman dalam suasana kampung yang nyaman. Sesuai untuk persinggahan, percutian dan juga aktiviti keluarga.

                                                     Sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.
                             Kemudahan memasak dengan peralatan yang lengkap juga disediakan.

Wednesday, December 7, 2011

Keropok, serunding dan dodol pilihan popular jika ke Kelate

Teks: www.masayuahmad.com

Apa yang menarik untuk hari ini untuk dikongsi oleh pelancong dan mencari-cari makanan tempatan yang murah, sedap dan asli.

Keropok, dodol dan serunding adalah pilihan popular bagi pengunjung yang datang ke negeri ini.

 Bukan sekadar untuk pelancong, malah bagi anak-anak kelate yang jarang pulang, makanan ini selalu diidamkan. Saya kongsikan satu lagi pilihan destinasi jika mahu mendapatkan makanan tradisi ini.

Monday, December 5, 2011

Cuti-cuti Kelate

Teks: www.masayuahmad.com

Selepas 10 tahun berada di luar Kelantan, pulang hanya beberapa kali dalam setahun, banyak informasi lokasi, destinasi, tempat menarik, makanan tradisi yang selalunya menjadi tanya tanya mahu ke mana, makan di mana dan mana lokasi beli belah di Kelate.

Selepas hampir setahun saya kemballi berhijrah ke negeri sendiri, saya dapati sangat banyak tempat menarik yang boleh diterokai. Justeru blog ini akan memaparkan dan berkongsi pengalaman saya secara lansung meneroka negeri Cik Siti Wan Kembang. Dengan bantuan online directory www.xpresszoom.com saya akan berkongsi dan juga saya akan jejaki sendiri tempat-tempat menarik yang masih tersorok dan akan diuar-uarkan di sini. Insya-Allah.

Homestay Tok Wan Pantai Senok

  Homestay Tok Wan Pantai Senok. Assalamualaikum .. Homestay TokWan Pantai Senok Rm160/mlm ••√ 3bilik tidur dilengkapi dgn aircond+kipas set...